Sunday, November 8, 2009

ASalamMUAlaikum semua SAHABAT pepias....

teruskan perjuangan dalam menJAyakan IsFesT09 yang akan diadakan di KUIS pada 20 Hingga 22 hb November 2009...

buat yang tak terlibat dalam pengurusan IsFest09 teruskan memberi sokongan dan jangan lupa datang ya...

datang lah bagi memeriahkan lagi IsFest09..

* jutaan minta maaf dari kami pepias shah alam kerana sudah lama tidak mengupdate blog kami...
diharap kepada yang menegur secara langsung @tidak langsung dapat menyokong kami agar selalu mengupdate blog kami.. terima kasih yang tidak terhingga atas teguran kalian semua..

apa itu perjuangan

erTI SeBuaH PerjunagAN IslAm


Lambungan ombak api menyimbah cakaran-cakaran langit itu. Semuanya tenggelam ditimang bahang cairan logam pekat. Aku panik. Aku panjat tangga ke tingkat atas dan memijak keping-keping bumbung. Bangunan itu meruntuh laju. Aku berlari ke hujung genting, lompat ke bangunan lain. Arakian gugur jua ia seperti lainnya. Dan di bangunan terakhir, aku terduduk. Pasrah. Tersedu-sedu aku menangis berdoa meminta petunjuk untuk menyelamatkan diri.
Aku terbangun.
Istighfar sepanjang nafas bersedut hembus. Habis lecun bantalku dengan air mata dan tubuh bermandi peluh. Aku bermimpi rupa-rupanya. 0230. Sepertiga malam. Sesejuk wudhu’ masih belum membilas peluh. Sepanjang minggu aku termangu termenung. Apa gerangan semua ini? Apa sebenarnya yang ingin Kau tunjuk Ya-Rabbi?
***
“Datang sahabat nabi yang sudah terbakar tubuh belakang, bertanyakan Rasulullah SAW; mengapa tidak Allah timpakan saja mereka (penentang dalam perang) dengan kekalahan?” -petikan kisah sirah di zaman perang oleh Abang ZZ (bukan nama sebenar).
“Bayangkan, itu sahabat nabi yang sudah tubuh belakangnya terbakar hangus, baru dia bersuara bertanyakan sebegitu. Kita yang duduk, baring, makan, tidur ; layakkah kita mempersoalkan tentang soal kemenangan?” Abang ZZ bersuara lantang. Kata-katanya benar-benar menikam kalbu.
Aku sedikit menangis. Sudah sedikit meleleh, tapi ku tahan juga dengan gelak tawa dek senda gurau Abang ZZ. Bimbang muslimah di sana nampak aku lelaki yang segagah ini sedang menangis. Biasalah. Ego seorang lelaki.
***
Sekembali ke rumah, “Mimpi bertemu Rasulullah SAW dot mp3 ” jadi santapan. Entah berapa juta kali ku putarkan di iTunes.
“Wahai sepatu, sudah banyak kau berjasa pada Baginda. Kau menjaga kaki kekasih Allah ke mana saja. Tapi aku.. aku… uhuk-uhuk..” getaran tangis Ustaz Harun Din itu membuat aku turut esak.
***
Musafir.
Ya Tuhan,
tiupkan serakan pantai hati ini,
dengan debuan pasir keampunan,
panahkan murung mendung,
dengan gentur silauan jihad.
Aku ingin di jalan Mu,
benarkan aku memegang panah,
atau pembawa minuman untuk syuhada’.
.


.
P.S : Terima kasih barisan Da’ei. Selama aku bernafas, pengisian kalian benar-benar menyuluh jalan. Janji itu akan aku pegang sehingga ke akhir detakan nadi. Doakan aku di jalan Dia. Allahu Akbar.

Monday, April 20, 2009

PImpinan Cawangan Shah Alam

Penasihat Pepias shah Alam

Muhamad Shafiezan Bin Rosli

Pengerusi Perhubungan Shah Alam

Muhammad Ammar Bin Zainal

Timbalan Pengerusi 1

Abdul Hadi Bin Omar

Timbalan Pengerusi 2

Setiausaha 1

Asyatul Aini Bt Abdul Halim

Setiausaha 2

Bendahari 1

Muhammad Taufiq Bin Zainal Abidin

Bendahari 2

Nuramirah Bte Nadzari

Ketua Helwani

Nur Fatimah Azzah bte Abas

Penolong Ketua Helwani

Nur Adira Binti Abdul Azizi

Biro:

Biro Latihan Dan kempimnpinan

Biro Dakwah Dan Takdib

Biro Perhubungan Dan Informasi

Biro Disiplin

Insuksi Kefasilatator dan kempimpinan(INFAKEB SESI 1)

Asalamualikom.INFAKEB ialah sebuah induksi but semua ahli dan ahli jawatan kuasa pepias shah alam.infakeb juga unduksi pertama yang di anjur oleh pepias shah alam.kami di pepias shah alam ingin megucapkan ribuan terima kasih pada pihak masjid proton dan pimpinan pusat atas segala bantuan dan perkhidmatan yang diberi semoga allah sahaja yang dapat membalaz nyew.
Infakep diadakan di masjid proton selama 3 hari alhamdulilah kami mendapat banyak ilmu dan pengetahuan yang amta luas dan terang.

semoga infakep sesi ke dua dapat melahiekan fasi yang bijaksana dan seorang hamba allah yang terbaik

Friday, March 20, 2009

Pengenalan Pepias

Pengenalan

PEPIAS merupakan akronim bagi Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. PEPIAS adalah sebuah pertubuhan pelajar yang telah bergerak aktif sejak tahun 1971 dan didaftarkan secara rasmi pada 1 Oktober 1992.

Berasaskan dua gagasan utama iaitu kebajikan dan pendidikan Islam, PEPIAS menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di merata pelusuk bumi Selangor.
Berbekalkan kemahiran dan pengalaman lebih 17 tahun, PEPIAS menjalankan pelbagai aktiviti yang realistik dan relevan dengan realiti semasa.


Visi

PEPIAS sebagai sebuah gerakan belia Islam komited membina secara berterusan generasi yang mengamalkan Islam dengan menyeluruh bagi merealisasikan kebangkitan peradaban Islam di negeri Selangor.


Misi

Melahirkan secara berterusan aktivis dakwah muda yang punya kefahaman Islam yang baik dan istiqamah bagi merealisasikan visi PEPIAS.